Artikel yang menarik dan perlu saya sharekan
Kredit kepada penulis.

Tiada masalah Kualiti air, kebanyakkan mesin guna proses RO : Dr Zulkifli

Air minuman yang dijual di mesin layan diri atau ro water vending machine selamat diminum sekiranya sumber utamanya daripada air paip dirawat dan vending machine diselenggara secara berjadual.

Pengarah Kesihatan Negeri Datu Dr Zulkifli Jantan memberitahu tahap kebersihan dan kualiti air minuman diragui apabila mesin tidak diselenggara dengan betul.

“Tiada masalah kualiti air yang dijual di mesin layan diri  ini kerana air diproses menggunakan proses osmosis berbalik (RO),tidak kurang alkali.

“Tambahan, sumber air ialah air paip yang sudah pun dicampur dengan klorin, ejen pembunuh kuman. Jadi, ia selamat untuk diminum kecuali penapis air tidak ditukar bagi tempoh lama,”ujarnya .

Bagaimanapun, beliau menasihati orang ramai agar tidak menggunakan air dari vending machine itu jika ia berbau, bertukar warna menjadi sedikit keruh dan mempunyai rasa yang pelik.

“Tahap kualiti air yang dijual di mesin ini boleh diketahui berdasarkan bau, warna dan rasa. Kalau ia berbau, warna sedikit keruh dan mempunyai rasa yang pelik, ia tidak selamat digunakan ,”katanya.

Ujarnya lagi,setakat ini JKNS. tidak menerima sebarang laporan mahupun aduan berkaitan kualiti air minuman yang dijual di mesin layan diri.

Namun beliau meminta orang ramai memaklumkan kepada JKNS sekiranya mendapati kualiti air dijual di mesin berkenaan diragui.

Dr Zulkifli menambah, tips mudah kepada orang ramai mahu membeli air minuman di mesin itu ialah pastikan ia dipasang dengan penapis air dan merujuk tarikh kali terakhir ia diselenggara mengikut pelekat yang tertera di badan mesin berkenaan.



Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kualitn air minuman dijual di mesin layan diri yang kini semakin banyak di pasaran.

Biasanya, mesin-mesin itu diletakkan di kaki lima kedai dan air minuman dijual pada harga hanya 10 sen seliter.

“Air yang dijual di mesin ini tidak memudaratkan kesihatan pengguna kalau pembekal mematuhi spesifikasi­ spesifikasi mesin dan mereka perlu ada rasa bertanggungjawab seperti itu,”tegasnya.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati kebanyakan mesin yang dipasang di kaki lima kedai menggunakan proses osmosisberbalik dan sumber utamanya ialah air paip terawat.

Pengguna hanya perlu membayar 10 sen untuk mendapatkan satu liter air secara layan diri.

Pemilik kedai runcit di Jalan Pending di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Lee memberitahu mesin kios dipasang dikaki lima kedainya cuma menjadi tumpuan pada sebelah lewat petang di mana pengguna akan datang membawa bekas air yang besar untuk mengisi air·.

Sementara itu, Alice Januang, 45, salah seorang pengguna yang sering mendapatkan bekalan air dari mesin layan diri memberitahu beliau hanya membeli jika mesin dipasang dengan penapis air dan menggunakan kaedah osmosis berbalik.

“Bagi saya, membeli air minuman di mesin ini lebih jimat berbanding air minuman botol tambahan jimat gas dan elektrik kerana tidak perlu dimasak.

“Namun saya hanya membeli pada mesin yang ada penapis air sahaja,”katanya sambil menambah biasanya beliau akan membeli 20 liter dengan harga hanya RM2 untuk bekalan seminggu.

Sumber: http://www.utusanborneo.com.my