“POST INI DALAM PROSES UPDATE DARI MASA KE SEMASA
SILA KEMBALI UNTUK PERKEMBANGAN…”

Sebenarnya cara untuk setting board model PLC-21N dgn PLC234N adalah sama.
cuma perbezaannya adalah PLC-234N mempunya program lampu automatik yang akan on
pada jam 7:00 petang dan akan off pada jam 6:00 pagi

Untuk nak setting lampu,hanya tekan button MIN dan HOUR ikut jam semasa.
yang lain tak perlu tukar.
*** kita tak boleh nak tukar masa bila dia nak on atau off sbb dah di programkan.

Beli board PLC-21N disini
Beli board PLC-234N disini


Sekarang kita akan check button ENTER MODE & UP dan fungsinya

MODE = Selection menu = RO, FL & AL
UP      =
Nak pergi ke sub Menu
ENTER =
SET @ Confirm.

Dalam MODE @ SELECTION MENU… ada
RO = Untuk nak setting jumlah air ( berapa lama air nak keluar )
FL =  Untuk nak setting display air ( berapa liter / sen)
AL = untuk nak tengok berapa sale ( biasa diorang x tgk pun nie huhuhu)

Cara senang nak setting air adalah dgn setting 10 sen. kat sini saya bagi contoh cara nak set air
10sen bagi setiap 1.5 liter. standbykan duit syiling 10 sen dgn botol air yg boleh terima 1.5 liter.

OK Mari kita mulakan….
Step 1.
Sila kenalpasti mesin anda pakai board yg mana satu
samada 3 button atau 5 button

 

1. Cara nak setting air

Mesin berada dalam keadaan ready mode. >> Display keluar OPEN
Tekan button MODE, – Disply akan keluar RO
Tekan button ENTER… DIsplay akan keluar S : xx (saya amik cth S=10, maknanya 10 saat jangka masa air keluar sebelum stop)
xx mananya berapa saat sekarang untuk berapa lama air keluar.

Keluar balik menu tu kembali kepada asal ( ready mode ), dengan tekan button MODE
Cuba masukkan duit 10 sen sahaja dan beli air macam biasa, tengok berapa jumlah liter untuk 10 sen.
katakanlah 10sen = 1 liter, kita dah tahu
10 sen >> 1 liter >> S=10
kita nak tukar 10 sen = 1.5 liter
kita set S=15.
***Macam mana kita nak tukar dari 10 ke 15 adalah dengan takan UP dia akan up dari 10 ke 15
UP akan naik no dari 1 ke 59 (saat) kemudian dia akan pergi ke 1 balik

Kemudian bila dah set… tekan MODE balik sampai display berada dalam keadaan ready mode atau OPEN.

Jika customer masukkan 20 sen, maka automatik akan jadi 3 liter. begitulah seterusnya.

2. Cara-cara nak setting display liter air atau RL

RL fungsinya adalah nak nak bgtahu berapa 10sen kita set untuk berapa liter
cth : Kita set 10 sen untuk 1.5Liter, apabila customer masukkan duit 10 sen
akan keluar display 1.5 liter dan apabila customer tambah 10 sen lagi, jadi 20sen
automatik display akan keluar 3.0 liter

Apabila customer tekan button beli air… dispaly akan count down …. sampai dari 1.5 liter hingga 0 liter
mesin akan automatik stop.

Nanti sambung…. 🙂