Peluang Biz Separuh Masa atau Sepenuh Masa ‘Vending Machine’

KELEBIHAN “VENDING MACHINE”

Kelebihan Memiliki Atau Menjalankan Perniagaan “Vending Machine” Atau Dikenali Dalam Bahasa Ibunda Kita Adalah Mesin Layan Diri ( Self Service ).

 Kelebihan.
Vending machine atau mesin layan diri ini membolehkan pelanggan membeli produk tanpa perlu beratur panjang dalam mana yang lama. Pelanggan dengan senang mendeposit jumlah kedalam mesin layan diri dan memilh sebarang produk pilihan mereka. Mesin layan diri ini memberi faedah yang sangat istimewa kepada pemilik mesin layan diri ini atau lebih dikenali sebagai “Vending Machine”.

 Aliran Tunai segera.
Pulangan segera anda ( pemilik mesin ) bermula sebaik sahaja “Vending Machine” anda dipasang dilokasi yang stretegik dengan pilihan anda. Kebanyakan perniagaan baru akan gagal,Satu daripada kelebihan “Vending Machine” adalah aliran tunai pemilik mesin bermula pada hari pertama permasangan.



 Aliran Tunai Berganda.
Kebanyakan orang yang bebas daripada masalah kewangan adalah orang yang mempunyai lebih daripada satu sumber pendapatan. Pernigaan “Vending Machine” ini memberi lebih peluang kepada anda untuk mewujudkan lebih daripada satu “Vending Machine” ditempat “Hot Spot” atau tumpuan yang strategik dan amat sesuai dipasang, dimana ia menyediakan potensi yang baik untuk beberapa aliran tunai ( Aliran Tunai berganda ).

 Bekerja 24 Jam ( Tanpa Henti ).
Ia seperti kita ( pemilik mesin ) mempunyai satu pasukan jualan yang berkerja untuk kita selama 24 jam sehari,tanpa rehat,tanpa cuti sakit dan tanpa prestasi yang tidak menentu.Dengan Pengurangan kos overhead dimana tidak menggaji pekerja ia dapat menaikkan margin keuntungan anda dengan usaha anda sendiri.

 Separuh Masa Atau Sepenuh Masa.
Dalam perniagaan “Vending Machine” ini anda hanya bekerja sendiri dan menikmati banyak faedah termasuk tiada bos,tiada waktu bekerja,tiada perkakasan,tiada kos pengiklanan,tiada kertas kerja yang rumit dan yang paling penting tiada had pendapatan.

 Menjadi Jurujual Buakn Prasyarat.
Antara individu yang berjaya dalam bidang ini hari ini adalah mereka yang tidak merasakan mereka seorang jurujual yang bijak. Apa yang amat penting ialah perancangan dan lokasi yang strategik untuk menjalankan perniagaan “Vending Machine” serta sedikit bantuan profesional untuk menguntungkan lagi perniagaan “Vending Machine” ini.

 Mudah Alih.
“Vending Machine” sentiasa boleh dipindah kelokasi lain jika perlu mengikut kemahuaan pemilik bagi menaikan pendapatan dan terus menyediakan servis seperti biasa.