KUNCI MESIN VENDING TIN ROSAK?
KUNCI MESIN VENDING TIN TAK BOLEH BUKAK?

Masalah bukan? perlu cari pengganti kunci mesin yang baru.

Kami ada menerima banyak pertanyaan daripada owner2 mesin vending mesin tin tentang masalah nak tukar kunci mesin vending tin. DAN biasanya kunci perlu ditebuk untuk nak buka mesin baru boleh tukar kunci yang baru.

Gambar di diatas adalah gambar kunci mesin yang sudah ditebuk boleh dibuka pintu mesin. Minta maaf tak boleh nak tunjuk macam mana nak bukak takut nanti salah guna.
Dalam situasi begini terdapat dua kemungkinan yang akan berlaku untuk menukar kunci.
1. Boleh tukar anak kunci sahaja
2. TERPAKSA tukar satu set sekali dengan Ibu kunci.

Sebelum itu mari kita kenali dahulu jenis2 kunci, Buat masa sekarang kami hanya menjumpai tiga jenis kunci seperti dibawah
IBU KUNCI SETS                                 ANAK KUNCI SET

Rumah kunci                                          Anak Kunci

 



Apa yang membezakannya adalah bahagian dalam IBU kunci untuk nak “matchingkan” dengan anak kunci seperti di bawah
Cuba perhatikan bahagian dalam ibu kunci dengan bahagian anak kunci, inilah yang membezakannya.
Jenis 1                                                    Jenis 2                                                   Jenis 3

Berbalik kepada situasi untuk tukar kunci, sebenarnya bergantung kepada jenis kunci sekarang yang ada kat mesin
dengan cara orang/technician yang tukar kunci, kalau bernasib baik ada spare yang ngam dengan kunci sediaada
senanglah nak tukar kunci dan kosnya murah sahaja.
Kalau nasib tidak beberapa baik, ( spare dengan kunci asal x sama atau cara tebuk kunci salah) maka terpaksa
tukar kunci satu set (sekali dengan Ibu kunci) dan kosnya agak mahal.



Diharapkan dengan sedikit penjelasan ini akan memudahkan owner mesin untuk paham dan senang nak jelaskan
kepada Technician untuk tukar kunci. Biasanya Technician akan dapat mengagak jenis kunci yang macam mana
dengan melihat bentuk pemegang nak buka pintu mesin.